Ini bunga serai dari jauh
Ini puteri Si Bunga Serai

Ini Panglima Si Bunga Serai.. :-)
Ini bunga serai dari jauh
Ini puteri Si Bunga Serai

Ini Panglima Si Bunga Serai.. :-)

Oleh kerana kos untuk menuai melebihi dari harga yang dapat kami jual maka keputusan kami adalah mengupah traktor untuk plough semula tanah tersebut. Sekiranya ami masih lagi hendak jual kepada Rumpun Biotek atau kepada pehak lain, ini kiraan secara kasar...
Dengan mengambil kira:
Upah buruh + makan minum = RM30/hari
Jumlah maksimum yang dapat dituai = 40kg/pekerja/hari
Harga jualan serai = RM0.70/kg
Jumlah pendapatan :
Jumlah jualan = 40kg x RM0.70 = RM28/hari
Untung Rugi = (RM2)/hari/pekerja (RUGI)
Lain-Lain Perkara Yang Belum Diambilkira:
Kesimpulan:
UPAH JENTERA UNTUK MEMUSNAHKAN TANAMAN SERAI CONTRACT FARMING (BENIH SERAI PEHA AYAM) DARI RUMPUN BIOTEK. ANGGARAN RUGI KESELURUHAN RM14,000++
KINI TERUSKAN DENGAN PENANAMAN SERAI TETAPI MEMBUAT PEMASARAN SENDIRI DAN MENANAM JENIS SERAI DARI BAKA SERAI GAJAH.
INILAH JAWABAN KAMI KEPADA YANG BERTANYA.
(Ramai yang e-mail dan talipon kepada kami telah berkongsi pengalaman yang mana serai yang ditanam melalui RB tidak mendapat hasil yang memuaskan - dari Parit Raja, Kahang Timur, Simpang Rengam, Kulai, Rengit, Pulau Pinang)
Bila musim hujan setiap hari yang melanda, rumput yang tumbuh pun bagai tidak terkawal. Semoga rahmat yang berganda-ganda melimpah ruah dengan turunnya hujan pada setiap hari.
Rumpun yang berusia 3 bulan dicantas daunnya dengan meninggalkan panjang serai lebih kurang 1.5 kaki dari paras tanah.
Berat serai yang dituai untuk jualan untuk setiap kilo jumlah batang serainya di antara 10 ke 20 batang. Matlamat kami membekalkan serai yang telah dibersihkan supaya pelanggan berpuashati dengan serai yang dibekalkan.
Di antara rumpun-rumpun terdapat banyak kekosongan kerana serai yang mati kerana dari awal penanaman telah teruk dilanyak oleh berpuluh-puluh ekor lembu-lembu. Gambar di bawah pulak adalah salah seekor lembu yang mati dalam sungai (bersebelahan dengan kebun kami) kerana temakan rumput yang baru disembur racun (agaknya la). Tuan lembu menuduh pekerja aku yang meracun tetapi yang terbuktinya kami sudah hampir 2 bulan tidak menggunakan racun rumpai untuk mengawal rumpai-rumpai yang tumbuh. Diharapkan tuan punya lembu mengambil iktibar dengan kematian seekor lembu ini.
Ini adalah sebahagian dari hasil tuaian untuk dibuat benih. Hasil dari penanaman yang terawal sebelum adanya pekerja. Tanaman yang mana telah teruk dilanyak oleh berpuluh ekor lembu-lembu (tuan lembu lebih lembu dari lembu-lembu tersebut :-) ), yang juga serainya hampir mati kerana terracun oleh orang yang diupah meracun rumput tetapi juga teracun rumpun serai yang subur. Tapi alhamdulillah dengan pekerja yang boleh diharapkan, segalanya berjalan dengan lancar. Di pagi hari raya pun berbasikal sejauh 2km untuk memantau sekiranya ada lembu-lembu yang memasuki kebun tanpa diminta melakukannya dan tanpa upah kerja.

Ini perbezaan serai peha ayam dari RB berbanding dengan serai gajah. Kini kami memberikan tumpuan penanaman kepada jenis serai gajah kerana ianya lebih berat, besar dan permintaan yang tinggi dari peraih untuk dihantar ke Singapore (tapi buat masa ini pemasaran dilakukan di daerah Kluang sahaja).
Di antara masalah penanam serai adalah serai-serai yang dimakan oleh ulat pengorek batang. Batang serai yang luar nampak cantek tetapi di dalamnya telah rosak. Serai ini kalau ditanam tidak akan hidup (melainkan dengan izin Allah) dan sekiranya terjual, akan merugikan pembeli dan rasa mungkin tertipu.
Ini initiative pekerja yang digajikan untuk menanam di tengah-tengah batas yang telah ditanam. Kurang sikit modal untuk membeli racun. Sambil-sambil mebersihkan rumput di tengah-tengah antara batas terus boleh digunakan untuk menanam serai. Ini hanya proses cubaan. Sekiranya berjaya, akan dilakukan di tempat yang lain. Di antara keburukan cara penanaman ini adalah:Selingan....





Aku nak crite sikit pasal serai dari pengalaman yang kami lalui. Projek fasa pertama agak gagal kerana benih serai yang dibekalkan oleh Rumpun Biotek (RB) tidak dapat mencapai berat sebagaimana yang dijangkakan. Akhirnya serai-serainya kecil-kecil dan susah untuk membesar. Benih yang dinyatakan sebagai benih peha ayam... tapi bila hidup nampak macam peha burung aje. Pengalaman yang sama dikongsikan dengan beberapa rakan yang lain. Ketidakpuasan hati terhadap RB mula berbuah dari mulut ke mulut.
Inilah rupa serai yang terhasil dari benih RB. Dari pemerhatian, benih yang ditanam banyak menghasilkan anak-anak tetapi sukar untuk membesar. Serai yang tumbuh pun tidak tinggi. Macam serai kampung.

Berbanding dengan benih yang kami beli sendiri. Bandingkan dengan serai ini... Batangnya naik dengan cantek, tinggi dan membesar dan beranak.
Walaupun ditanam di atas tanah dan penjagaan yang sama serta ditanam pada masa yang sama ianya boleh dibandingkan saiz-saiznya serai rumpun di sebelah kanan amat kecil (baka benih RB) berbanding dengan rumpun sebelah kiri yang dibeli oleh kami.
Gambar ini pula ada projek JasaBumi Agro fasa ketiga. Penanaman serai baka serai gajah untuk pasaran Johor. Tidak ada contrak farming tetapi akan dijual direct kepada peraih.
Penunggu tanpa gaji perlu disediakan kerana gangguan dari monyet-monyet. Hari pertama tanam hampir 100kg benih telah dirosakkan oleh monyet-monyet. Tidak pernah pulak kami mendengar, monyet akan makan serai.
Apa yang kami dapati adalah, monyet-monyet ini adalah makhluk yang ingin mencuba. Agaknya selepas makan mereka kena cirit birit kot... (agak-agak aje..) jadi mereka tak makan lagi selepas itu..

Ini adalah bentuk serai yang di makan oleh monyet-monyet. Sedihnya.. sudah le benih susah untuk didapati.. Kena pulak dirosakkan oleh monyet-monyet.
Di antara pengajaran projek fasa pertama adalah ketiadaan air untuk menyiram benih-benih serai selepas ditanam. Jadi untuk fasa ketiga ini, penyediaan kolam takungan air disediakan dari awal-awal lagi.

Sempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, kami dari JasaBumi Agro mengucapkan menyambut bulan puasa. Semoga tahun ini, akan menguatkan lagi azam kita untuk membanyakkan lagi ibadat kepada Allah swt.
Jadual berkebun akan tetap diteruskan. Pekerja yang digajikan akan diringankan sedikit kerja-kerja supaya tidak memberi alasan untuk tidak berpuasa. Sebenarnya ada beberapa perkembangan projek terbaru dari JasaBumi Agro untuk diberitahu tetapi akan di updatekan pada post-post yang akan datang. Insha-Allah.
Jamun.. badan kecik.. tapi tulang kuat. Benih serai 40kg enteng aje diangkat. Katanya di Indonesia dia biasa angkat guni jagung ayam antara 90-110kg seorang diri (2 kali ganda berat badan dia) dan pada setiap kali guni jagung datang bertan-tan banyaknya...
Kini kami tidak perlu menanam... Semua dibuat oleh Jamun. Kebun lebih bersih dan dijaga dari pijakan lembu-lembu.
Urusan semua kerja-kerja penanaman, penyiraman, meracun rumput, membaja dan segalanya dilakukan oleh Jamun.
Cuaca yang panas.... air dalam perigi pun sudah semakin cetek..

Benih serai yang baru ditanam berusia 1 bulan

Untuk kebun ini benih ditanam tidak serentak. Kawasan yang telah ditanam hanya lebih kurang 3/4 ekar sahaja... ada lebih dari 2 ekar masih belum tertanam. Masa tidak mengizinkan.

Bila mengupah orang untuk meracun... bayak juga benih serai yang mati kerana terkena racun. Geram pun ada.

Ambil sedikit sahaja untuk setiap pokok yang hendak dibaja.
Taburkan jauh lima inci dari rumpun pokok serai tersebut. Jangan terlaku rapat kerana baja kimia biasanya agak panas untuk pokok tersebut.
Untuk serai yang sudah besar taburkan di keliling rumpun pokok tersebut. Jumlahnya lebih sedikit dari pokok yang baru.
Minta Perhatian:
Paparan yang dinyatakan hanyalah sebagai garispanduan sahaja, ilmu Allah maha luas. Jadi pelajari dengan mereka yang lebih mahir dari pelbagai sumber adalah yang terbaik. Kita boleh olah untuk menghasilkan cara kita sendiri. Ada juga yang menggunakan baja cecair, caranya pulak mungkin berbeza. Begitulah seterusnya.

3- Buat lubang dengan menggunakan cara tersendiri samada menggunakan cangkul atau peralatan yang sesuai.
4- Lubang yang digali mengikut kedalaman yang sesuai.
5- Pilih benih yang sesuai dan bilangan benih yang hendak ditanam dalam satu lubang.

8- Benih yang ditanam perlu disiram dengan air yang mencukupi.
Sekian.
Tapak penanaman Abang Shawal di bawah bantuan Pejabat Pertanian
Cara penanaman yang agak berbeza tetapi ada sebab disebalik perbezaan tersebut.
Peserta-peserta khusus sedang mendengar penerangan berkaitan dengan penanaman serai.

Makan sudah semestinya. Penganjur kursus tidak kedekut dalam budget makan dan minum.
Berhati-hati dengan doa orang-orang mukmin. Manalah tahu doa-doa inilah yang menyebabkan "Yang dikejar tidak dapat... Yang dikendung keciciran". Mungkin tangan-tangan pengundi hantu yang dihantar telah menukar kotak pangkahan oleh Allah swt pada saat-saat akhir keputusan mereka. Itulah kuatnya senjata yang Allah berikan kepada orang-orang beriman. Jadi marilah kita memperbanyakkan doa dalam segala tindakan kita.






Parit untuk pengairan dibuat....

Pemasangan pagar terpaksa dilakukan....



Bersemadinya ayahanda di pusara yang nisan yang tiada bernama dan tiada kepuk sempadan yang cantek berukir. Sesungguhnya tanah pusara juga adalah sekadar pinjaman dan bukan milik kita untuk diletakkan nama dan sempadan hak milik. Hanya doa anak-anak mu akan mengiringimu sebagai teman mu ketika berseorangan. Semoga ayahanda tergolong dari mereka yang diredhai oleh Allah swt.


SS Cash Flow JasaBumi Agro
Mereka yang belajar Financial sudah pasti akan dapat menjawab samada perniagaan dengan nilai-nilai (NPV, IRR, B/C Ratio, ROI) di atas boleh diteruskan atau terpaksa dibatalkan.
(Nilai-nilai di atas berubah mengikut jangkamasa projek, keluasan projek, jangkaan pendapatan/perbelanjaan, anggaran kos luar jangkaan dsn)
Yang ini saja aku snap... Serai wangi di dalam premis MARDI. Bila menghampiri dekat rumpun-rumpun serai tersebut, aku terdengar bunyi yang tidak menyenangkan ada di dalamnya. Jadi tak le aku berani sangat menghampiri rumpun-rumpun tersebut... :-) Entah apa di dalam rumpun-rumpun tersebut...aku tak pasti!!! Jadi bagi mereka yang mengusahakan serai wangi ni salah satu risikonya adalah makhluk-makhluk yang bersembunyi di dalam rimbunan rumpun-rumpun tersebut....
Yang ini pulak adalah ekstrak dari pelbagai jenis herba-herba termasuk serai
Menghabiskan masa selama tiga setengah jam di situ tidak terasa. Pehak MARDI Kluang siap sediakan makanan free lagi. Jadi okay juga la MARDI ni...:-) Mana ada sesuatu exibition yang menyediakan makanan free kepada pengunjungnya. (setahu aku le..)
Selesai di situ, terus ke tapak projek aku dengan perjalanan lebih kurang setengah jam lagi. Oleh kerana ditimpa hujan untuk beberapa hari serai yang ditanam telah menunjukkan tanda-tanda semua yang ditanam telah hidup....Alhamdulillah. Langkah seterusnya adalah penjagaan, pembajaan, meracun, trimming dsn sepanjang enam bulan seterusnya.
Serai yang ditanam telah mencambahkan daun-daun yang hijau dan mula bertunas.Oleh kerana tidak puas dengan apa yang aku dapat di ShowCase Bisnes MARDI pagi tadi, petangnya kami sekeluarga pergi lagi. Pagi tadi terlalu ramai pengunjung. Hajat si bongsu hendak naik kereta kuda tidak kesampaian. Alhamdulillah di sebelah petangnya dapat juga memenuhkan apa yang dihajati.
Sambil-sambil tu aku buat survey mesin-mesin pertanian berkaitan dengan penanaman. Aku nak menciplak design mesin-mesin tersebut. Mana tahu aku akan buat sedikit perubahan terhadap patern mesin-mesin tersebut untuk diguna pakai oleh projek yang akan aku jalankan. Konsep mesin tersebut amat simple - 1)pembuka tanah... 2)penanda/pembuat lubang... 3)tanam (samada dengan manual atau semi auto) ... 4)kambus. Mekanikal terhadap alatan tersebut bergantung kepada kretiviti masing-masing. Kalau ada sesiapa yang dah ada mesin-mesin ini atau hendak berbincang untuk mereka cipta mesin-mesin ini boleh lah kita berbincang.

Pemandangan di kolam renang.. aku tak masuk pun.... kerana takut tak dapat kawal nafsu mata di situ....
Pemandangan di tepi pantai yang mengasyikkan.
Industri pelancongan begitu pesat di Sabah. Kalau ada duit lebih, bolehlah ke sana mehilangkan tension...
Sebelum balik sempat pergi water rafting.. acara yang paling menyeronokkan..
Di samping sebuk dengan ativiti-aktiviti yang dijalankan oleh syarikat, di sebelah malam aku banyak menghabiskan masa dalam bilik mengadap laptop untuk membuat kertas kerja JasaBumi Agro. Perjalanan projek agro aku masih jauh lagi dan masih terlalu banyak perkara yang perlu perancangan yang rapi supaya dapat meminimakan risiko. Alhamdulillah ramai rakan-rakan yang membantu dan memberikan sokongan moral dan bantuan kemahiran kepada JasaBumi Agro. Tapi masih terlalu banyak lagi mata-mata yang sedang memandang dan bersedia untuk bertepuk tangan untuk melihat kegagalan JasaBumi Agro.
Balik ke Kluang pada 30/1/2008 jam 9 malam. Dua jam perjalanan dengan Air Asia. Aku gunakan masa untuk melelapkan mata. Tiba di rumah pukul 1.30pagi. Esok ambil cuti tahun. Ada banyak urusan peribadi yang hendak diselesaikan.
(Post ini aku terpaksa update banyak kali kerana masalah internet yang terlalu lembab)
Kerja-kerja penyiraman sedang dilakukan.
Semuanya merupakan pengalaman yang amat berharga.
Kami menerima taklimat ringkas dari Encik Nik Mohd Fauzi
Yang bertani sekarang bukan lagi dari golongan para petani yang asal tetapi dari golongan profesional...
Komputer digunakan dalam kebun... Inilah bakal-bakal petani moden.. Insha-Allah
Turut membantu... Isteri tersayang... Hajjah Hasnah binti Hussin.. Orang pertama merasmikan penanaman serai....
Saudara Mohd Hizam... orang harapan kerana kemahiran dalam kerja-kerja kebun
Maha suci Allah... Hujan membasahi bumi di tapak penanaman serai di sebelah petang hari. Alhamdulillah

Traktor melakukan kerja-kerja pembenaan batas-batas.
Bonda, isteri dan cucu-cucu...

Owners projek tengah beraksi... Sorry bro..gambar tak clear sangat la...
Tapi kini impian aku adalah untuk memiliki seperti gambar yang di bawah ini.


Sambil2 tu aku meninjau kawasan yang akan diterangkan untuk projek fasa yang ke 3. Aku uploadkan gambar di sini untuk tatapan. Ada lebihkurang 4-5 ekar lagi kawasan belukar untuk dibersihkan. Kawasan ini dijadualkan akan mula dibersihkan pada bulan Feb 2008... Insha-Allah.
Dari sempadan yang diterangkan tu sehingga berhampiran rumah dalam hutan itu (nampak tak?) akan diterangkan untuk projek fasa 3. Indah tak pemandangannya..?
Tanah yang sudah dibersihkan menanti untuk dipelau
Ini adalah salah satu sudut kawasan yang telah dibersihkan

Pembersihan Tanah Untuk Hari Ke-2
Hari yang terang benderang. Syukur ke hadrat Ilahi mengurniakan cuaca yang baik untuk pembersihan belukar untuk hari ini. Ternyata ramalan manusia tidak menepati ... diramalkan gelombang ke-2 musim tengkujuh akan berlaku pada ketika ini.
Dengan menggunakan 2 jentera untuk pembersihan hutan belukar dengan keluasan 8 ekar, 2 hari tidak mencukupi. Terpaksa ditambah satu hari lagi. Bermakna budget pembersihan bertambah. Aku difahamkan pada hari esok kerja-kerja pembersihan tidak dapat dilakukan kerana jentera akan digunakan untuk kerja-kerja lain.
Perancangan adalah untuk menyambung kerja-kerja pembersihan tanah pada hari Ahad. Itu pun sekiranya cuaca tidak hujan.
Apa yang hendak ditanam? Cerita selanjutnya akan dikemaskinikan dalam blog ini...
Insha-Allah