Monday, February 25, 2008

Sebulan Berlalu

Setelah sebulan berlalu, kini tibanya masa untuk pembajaan. Masalah yang timbul pulak ialah hujan yang tidak turun-turun yang sudah hampir satu bulan. Tapi nak tunggu hujan turun entah bila lagi. Terpaksa buat keputusan alternatif lain iaitu... teruskan tabur baja... jirus air dengan menggunakan pam. Harga baja yang semakin menaik memeningkan kepala pekebun-pekebun sekarang ni.


Saja jengah-jengah dulu gambar-gambar serai yang berumur satu bulan ini. Selepas sebulan dari sekarang kena tabur baja lagi.

Yang hidup telah menumbuhkan tunas-tunas.


Bukan semua yang ditanam akan hidup...ada juga yang mati.

0 comments: