Monday, April 14, 2008

Baja Pulak

Bila dah menanam kalau nak hasil yang lebih kena la membaja. Kalau tak mahu membaja pun tak apa... tapi hasilnya amatlah kurang... yang amat sangat. Kaedah membaja pun ada pelbagai cara dan penggunaan baja pun ada pelbagai jenis. Tapi aku nak nasihatkan la kalau nak membaja tu jangan la gunakan baja tahi yang tanpa diproses terutama pada masa hampirnya waktu tuaian. Bayangkan bila membaja dengan tahi ayam dan semasa pembajaan akan tahi tersebut masuk kecelah-celah serai tersebut. Lepas tu ianya akan dijual kepada peniaga makanan seafood buat tomyam. Para-para peniaga seafood ni ada ke masa nak bersihkan betul-betul di celah-celah daun serai tu? Apa yang akan dihasilkan makanan tersebut adalah tomyam yang di"sedap"kan lagi dengan perasa tahi ayam... eeeeee... Walaupun mungkin bukan kita yang memakannya tetapi sebagai orang yang beragama Islam, tanggungjawab kita menentukan segala yang dihasilkan adalah bersih lagi suci. Itu menjadi tanggungjawab kita.



Ambil sedikit sahaja untuk setiap pokok yang hendak dibaja.



Taburkan jauh lima inci dari rumpun pokok serai tersebut. Jangan terlaku rapat kerana baja kimia biasanya agak panas untuk pokok tersebut.



Untuk serai yang sudah besar taburkan di keliling rumpun pokok tersebut. Jumlahnya lebih sedikit dari pokok yang baru.

Minta Perhatian:

Paparan yang dinyatakan hanyalah sebagai garispanduan sahaja, ilmu Allah maha luas. Jadi pelajari dengan mereka yang lebih mahir dari pelbagai sumber adalah yang terbaik. Kita boleh olah untuk menghasilkan cara kita sendiri. Ada juga yang menggunakan baja cecair, caranya pulak mungkin berbeza. Begitulah seterusnya.

1 comments:

MaDiHa said...

salam tuan rumah...
bagus juga peringatan saudara pasal penggunaan baja chicken dung tuh.. kalaulah semua petani mcm saudara.. alangkah bagusnya.. betul cakap saudara.. tak semua tukang2 masak restoran / warung sempat basuh serai tu betul2... emm.. bayangkan kalau kita yg makan tomyam yg terdapat zat baja tu.. hehehe.. mintak dijauhkanlah yer....